Assalamualaikum.
Sudah terlalu lama aku meninggalkan dunia penulisan yang aku tahu tidaklah berapa indah seni tulisannya. Tapi manusia suka mencuba. Begitu juga aku.
Terlalu banyak ujian yang datang sepanjang aku menyepi ini. Tuhan memberi aku ujian-ujian itu. Dan aku harus tabah menerimanya. Mungkin tidaklah seberat mana, tapi bagi aku ujian itu terlalu besar untukku.
Tidak mengapalah.
Tuhan tahu aku mampu.
Bulan baru, azam baru. Azam aku cuma satu. Mahu terus istiqomah dalam beribadat kepada Penciptaku. Mungkin ada antara kalian yang beranggapan, aku poyo. Hanya kerana aku menulis itu.
Tetapi, diri aku. Biarlah aku.
Bulan Ramadhan akan menjengah kita kurang dari 50 hari saja lagi. Sudah bersediakah kita? Menghadapi bulan yang penuh barakah dan bulan yang mulia ini?
Sama seperti kalian, aku juga harus mempersiapkan diri aku.
Kerana aku tidaklah sehebat mana.
Semoga kita diberi peluang olehNYA untuk bertemu bulan mulia ini.