Okay , aku banyak baca blog blog orang yang buat entry dan review pasal drama Nora Elena dan tak kurang juga yang buat pasal Seth Tan. Aku pun tak berapa pasti kenapa aku addicted sangat dengan Seth Tan ni. Tapi yang paling aku suka, sikap penyabar, romantik, dan sangat caring tu yang buat ramai wanita jatuh hati terhadap Seth Tan ini. Dan tak dinafikan Seth Tan merupakan satu fenomena kepada Malaysia apabila ramai wanita yang mendambakan suami seperti Seth Tan. Tapi itu hanya watak dalam sebuah drama yang diadaptasikan daripada sebuah novel yang merupakan hasil imaginasi si penulis. Hanya seorang sahaja manusia SEMPURNA yang romantik, sweet, caring, penyabar dan macam macam lagi iaitu NABI MUHAMMAD SAW ♥ Tak dinafikan mungkin ada yang seperti Seth Tan ni, tapi berapa ramai? Satu dalam 100 juta? Mungkin? Tak mustahil. Sebab manusia kan tak sempurna :) pasti ada cacat cela walaupun sebesar zarah. So, stop dreaming girls! Ni lahsi Seth Tan atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz :)

comel gila :D
"tak boleh ambik balik, nanti buruk dagu!"
macho kan kan?
regards,
SETH TAN ♥
No comments:
Post a Comment