Assalamualaikum..
Hai, lama tak update entri tulis panjang-panjang kan? haha. Aku tengah malas nak menaip time tu. hehe. Tajuk entri ni macam apa je. Aku takde idea ler. hehe. Cuma nak cerita and share something boleh?
Hari ni, 29/12/2011, aku g sekolah baru aku iaitu SMK Dato' Razali Ismail. Pergh, punya besar sekolah tu wa cakap lu. Padang dia pon 2 kali ganda dari padang SMK Puchong Perdana uolls. Hoh, tergugat I. Pastu, kereta semua nak BMW, MERC je. Hoh. Pakwe pon hensem-hensem. haha. Nak dijadikan cerita, hari ni bukan hari pendaftaran Tingkatan 4 ler pulak. adoih. So, aku dgn mak aku decide balik awal. hehe.
Sampai rumah adik aku tengah online fesbuk dia. Tetiba dia cakap "Weh, ni haa! Dah ada Ombak Rindu yg full punya dekat Youtube" Aku apalagi kan, bukak tudung then suruh adik aku buffer dulu. Hehe. Lepas 15 minit buffer, aku pon start ler tengok. Intro dia takde la best sangat (sbb aku suka part Haris dengan Izzah je). Tapi masuk part Haris jumpa Izzah tu, aku dah mula focus. Mata tak lari dari monitor pc zaman 70-an aku ni ok. haha.
Dalam pukul 4.30 petang habis ler citer tu, aku dgn adik aku pon keluar sat main badminton. Bina muscle (kepala hotak lu!) katanya. haha. Bongok kan? Main punya main, hujan pon turun. Kteorg masuk balik dlm rumah. Tetiba aku rasa mengantuk yang amat. Aku tidur ler. Sampai pukul 5.35 petang. haha. Makan sikit, then keluar balik main badminton, bina muscle lagi (wakluss!)
Dengan tak semena-menanya aku TERgelincir. Dan jatuh tersungkur macam nangka busuk. Amacam? Boleh bayang macam mana? Haha. Okay, nasib takde orang. Aku bangun, masuk bilik g tukar baju sbb baju yg aku pakai tadi tu dah penuh dgn lumut-lumut bagai. Hoh, sakit ok. Tangan aku dah berdarah, luka bagai.
Pastu, dah macam serik ah nak main badminton hari ni. Hari ni je la. Esok sambung balik. haha. Rasa macam budak kecik je main pastu jatuh-jatuh kan? Tapi, dah mmg nasib aku nak jatuh hari ni, tu nasib baik takde orang. Kalau ada orang lagi malu ok. Haha. K la. Nak layan Youtube sat. Babai ♥
No comments:
Post a Comment