Saturday 10 December 2011

Sekadar Teguran.

Assalamualaikum.

Hari ni guwa nak tegur sikit sesetengah blogger, wartawan dan yang sewaktu dengannya. Guwa banyak baca dekat blog-blog hiburan tentang pemain bola sepak kita. Okayy, disini guwa nyatakan beberapa contoh. Antaranya ialah KFCM. Sejak dia putus tunang kemain banyak lagi cerita-cerita pasal dia yang aku rasa sedikit sebanyak boleh menjejaskan tumpuan dia dipadang. TERLALU BANYAK cerita dia berfoya-foya dan bersosial di luar.

Guwa rasa para blogger tak perlu lah nak menulis dengan bertungkus-lumus tentang hal peribadi seseorang. Guwa rasa kalau kena kat lu orang pon lu orang melenting kan. Sampai si KFCM tu terfikir nak bersara awal. Apa cer doh?! Tidakkah lu orang terpikir andai KFCM bersara awal dari dunia bola sepak negara ini sedikit sebanyak menjejaskan skuad negara kita?! Bila dia bersara kita tidak akan ada lagi KFCM ke2 yang sebaik dia! tahu tu?!

Baru-baru ni guwa terbaca pulak pasal Nazmi Faiz yang golnya adalah gol ke7 terbaik dunia ketika menentang Bahrain. Dikatakan dia nak keluar dengan artis baru yang hot iaitu Neelofa. Sampai kesitu blogger kita amik tahu. So what kalau dia nak keluar dengan Neelofa? Apa kena mengena dengan lu orang? Hoh!

So lepas ni guwa harap takkan ada lagi blogger kita yang suka mengaibkan pemain bola sepak negara kita. Kalau orang lain mengainkan lu orang pon sudah tentu lu orang tak suka kan. So, pandai-pandai la. Ni sekadar teguran aku. Salah silap aku mintak maap. peace no war :)

No comments:

Post a Comment