Friday, 23 March 2012

Ini perbezaannya :)

Salam..

Nak cerita perbezaan zaman dolu (2 tahun lepas) dengan aku yang sekarang ni. Kalau diikutkan, perbezaan yang paling ketara adalah umur. Haha. K tak lawak.

Nak kata aku gemuk sekarang, memang tak nampak perbezaan langsung. *berat naik 2kg je k sepanjang 3 tahun* Muka bertambah matured, ada lah. sikit je. 5% macam tu. *amboih, nampak sangat takmo mengaku dah tua* Nak kata perangai matured, entah la. Kengkadang aku rasa aku ni bebudak lagi.

Haa! Cerita pasal bebudak, aku baca paper yang pasal konon hilang time g beli topup tu. Entah la, kengkadang terfikir gak, sanggup dorang buat mak ayah macam tu kan. Kesian mak dia, menangis-nangis. Tetiba dapat tahu anak dia rupanya lari dengan jantan. Hishh.

Aku duduk sensorang tadi, tetiba terdetik kat hati *ecewah* "aku rasa aku ni kecik lagi, umur 16 tahun. Tapi budak tu baru umur 15 tahun, dah reti nak lari dengan jantan bagai" Even jarak umur kteorg tak besar mana, setakat setahun je, tapi aku still pelik.

Aku ni, bonceng motor dengan pakcik aku sendiri pon aku malu gila -_- Ni kan nak bonceng dengan orang lain. Hmm. Memang jauh lagi la aku nak buat benda-benda macam tu kan.

***************************************************

Okay, sambung balik pasal perbezaan tadi. Sebenarnya aku nak cerita pasal exam je. Melalut panjang sangat. So aku pendekkan cerita je lah. Lagipon aku selsema, malas nak menaip. Hingus ni takmo beku pulak memalam ni. *k pengotor, lempang sikit*

Dulu, kalau exam dapat gred C punya la malu nak bagitahu orang *time menengah rendah* rasa down gila. Dapat B ciput pon dah rasa malu gila yg amat. Tapi sekarang ni, rasa macam dah terbalik dah.

Dapat D pon boleh lagi gelak *sejak naik menengah atas* Add Math ala-ala nak fail pon boleh buat bahan ketawa. Haha. Entah la. Aku tak tahu apa faktor terjadinya penyakit sewel ni. Mungkin sebab benda tu susah, then dapat tu pon dah bersyukur gila.

Kot la, aku bantai je. Eh korang, aku rasa macam nak tulis novel ah? Phewww. Romantik aku tak reti. Tapi kalau buat lawak yang nak kena makan pelempang memang aku expert sangat. Tengok lah dulu. Sekarang tengah busy dengan Add Math. Dari bulan 1, alasan busy aku mesti pasal Add Math. Nanti aku try buat dekat MW *Microsoft Word* then bila dah baca balik, macam okay, aku publish kat sini eh. Tapi tak janjji ah bila. Tunggu je la ~~

Hish, seram sejuk kat bawah sensorang. Esok lah pulak aku sambung bab ni. *bab ngko, hamik!* Adoi la. Dorang ni pon, pukul 11 dah sunyi dah rumah, apa kejadah la. Kboboi.

No comments:

Post a Comment