Aku tak pandai nak bermukadimah. Bagi aku cukuplah sekadar memberi salam :) Aku bukan puitis orangnya. Sebab tu aku tak reti nak buat ayat penuh madah pujangga. Jadi baca dan fikirkan saja apa yang bakal aku cerita nanti.
Okay situasinya macam ni :-
"Awak ada kriteria yang spesifik tak untuk calon suami bila awak dah besar nanti?" si lelaki yang memulakan pertanyaan.
"Haha saya tak pernah letak syarat untuk jadi suami saya. Cukuplah dia seorang yang beriman kepada Penciptanya, bertanggungjawab dan berkerjaya" balas gadis itu.
"Awak kata awak tak letak syarat, tapi awak nak yang beriman, yang bertanggungjawab dan yang berkerjaya"
Okay, meh sini aku nak jelaskan. *maafkan aku pasai dialog itu agak annoying dan skema badak. Aku tak reti nak berdialog bagai ni -,- *
--------------------------------------------------------------------
Wahai cik adik dan cik abang yang tengah baca ni. Aku nak terangkan sedikit pasai benda alah masalah kat atas tu. Aku pon tak reti nak klasifikasikan sebagai keperluan atau apa-apa kan. Cuma harapnya korang paham apa yang cuba aku sampaikan ni.
Ketiga-tiga kriteria yang ada disebut dalam dialog skema diatas tu adalah satu keperluan yang wajib ada dalam diri seorang lelaki. Okay aku bagi mudah lah eh :)
1) BERIMAN.
Cuba hangpa semua ceghita dekat aku, korang taknak ke suami korang beriman? Suami ni tanggungjawab dia besar sangat. Kalau takde iman cemana nak didik anak bini dia? Kan? Setuju?
2) BERTANGGUNGJAWAB
Memang sekarang ni ramai manusia yang tak bertanggungjawab. Dah buntingkan anak orang boleh dia tinggalkan macam tu saja. Tu namanya takde tanggungjawab :) korang nak ke bila kawen nanti laki korang tinggalkan korang masa tengah dalam pantang ke apa? Taknak kan? Okay itu perlunya tanggungjawab.
3) BERKERJAYA
Sekarang ni nak masuk tandas pon kena bayaq hui. Ada yang tak hiraukan harta semua ni sebab dah ada cinta. Okay, korang boleh masuk tandas awam dengan hanya membayar dengan cinta? Kalau macam tu, anak-anak dara yang tak bercinta tu, bolehlah segera mencari cinta pasai senang nanti nak masuk tandas bayaq dengan cinta ja *erk. Nak beli pampers anak pakai cinta eh? Aku tak sebut laki tu kena kerja yang besar-besar, kerja di syarikat yang besar-besar. Cukuplah sekadar dia ada kerja dan gaji untuk menyara kehidupan anak bini dia.
p/s : Kalau dapat yang kaya dan handsome itu BONUS! Haha :P
Okay sekarang aku mintak korang bezakan dengan keperluan dan yang dikatakan kemahuan seorang perempuan. Ramai je perempuan cari yang handsome, bergaya, kaya, anak Datuk, Tan Sri, kaum kerabat Raja bagai kan. Tapi tiga ciri yang aku sebut diatas adalah sangat perlu okay :)
"Aku masih seorang pelajar, kadangkala aku tersilap dalam berkata-kata. Dan saat itu aku perlukan seorang yang kononnya bergelar dewasa untuk menegur salah aku"
No comments:
Post a Comment