Seperti yang sedia maklum, aku merupakan salah seorang pelajar yang telah pon selesai mengambill peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada bulan Oktober yang lalu. Kini tibalah masanya untuk aku melihat apakah hasil usaha aku selama ni berjaya?
Untuk pengetahuan korang, keputusan PMR aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain akan diumumkan pada Khamis bersamaan 22/12/2011. Pelajar-pelajar boleh lah ke sekolah masing-masing untuk mengambil slip keputusan. hehe.
Pada yang tetiba ada hal atau rasa malas nak pergi sekolah Khamis ni, anda boleh menyemak keputusan anda melalu sistem pesanan ringkas (SMS). Cara-caranya akan aku beritahu korang kejap lagi eh. Kepada pelajar yang akan hadir ke sekolah, sila berpakaian sopan dan kemas. Dan berbaju sekolah bagi pelajar SMK Puchong Perdana.
Tipu gila kalau aku kata aku tak berdebar. Sumpah berdebar. Selalu rasa tidak yakin. Aku masih ingat kata-kata Mama time aku dapat slip UPSR 3 tahun lepas. " Itu lah padahnya, balik sekolah je tidur. Sampai esok nak exam pon kau tak sedar. Sekarang berapa yang kau dapat? Tak menyesal?" macam tu la ayat mak aku. Perit kan kalau mak kita cakap macam tu?
Tapi aku tak salahkan mak aku. Tak sama sekali. Sebab memang masa UPSR tu aku takde usaha langsung nak study. Aku berhajat nak dapat 5A. Tapi takde usaha, macam mana nak dapat. Aku cuma berjaya memperoleh 3A 2B je. hehe. Okay, sekarang kita tunggu keputusan PMR aku yang ditambah usaha dan doa ibu bapa dan guru-guru aku :) Sabarlah menanti entry hari Khamis nanti. :)
Berikut adalah cara-cara untuk menyemak keputusan melalu sistem pesanan ringkas (SMS) :-
Taip PMR BH06_K___ dan hantar ke 15888
**thanks to Jeha sbb bagitau cara-cara yang lama tu salah**
**thanks to Jeha sbb bagitau cara-cara yang lama tu salah**
No comments:
Post a Comment